SOMBONG.
Semalam mizah sembang2 dengan husband mizah.
Mizah cakap mizah nak baca satu buku ni, nak habiskan cepat2 sebab lepas habis baca mizah nak dia pulak baca.
Sebab ini lah buku pertama yang mizah rasa berjaya "brainwash" mizah.Banyak kata-kata motivasi. Yang buat mizah rasa nak berubah, bukan sebab orang lain tapi kerana Allah swt. And mizah bersyukur sangat hati ni masih kerap dijentik Allah swt saat mizah selaluuuu sangat lalai.😔
Back to the story.
Mizah sambung lagi dengan husband mizah.
"Ni first time orang baca buku macam ni and rasa best sangat, sebelum ni nak buku english je lah taknak buku melayu lah. Anggap buku bahasa melayu tak best lah. Sombong sangat."
Astaghfirullahalazim.
Silap. Mizah silap sangat2.
Tiba2 die balas.
"Tahu pun. Tau tak orang yang sombong tu lagi teruk dari syaitan?"
Gulp. Awat cakap macam tuuu.😭
Die sambung cerita.
"Iblis/syaitan ni sebelum ingkar dengan Allah swt, die pernah jadi ketua semua malaikat tau. Die beribadat pada Allah swt tu sungguh2 takde mengeluh apa pun.
Sampai lah Allah swt ciptakan Adam A.S, die sombong, die iri hati dia berpaling dari Allah swt.
Sebab tu manusia yang sombong ni lagi teruk dari iblis, Allah ciptakan iblis tu dari Api pun die sombong, ni manusia, yang diciptakan dari tanah, nak sombong kenapa? Sah2 lah lagi teruk dari iblis."
Allahu.
Laki mizah ni kalau nak bagi bini die sentap memang menang.
Walhal bukan sombong punnn. Sebut saja je tadi.😭
Takmau lah jadi orang yang sombong.
Takmau lah jadi orang yang iri hati.
SOMBONG ni maksudnya bila kita menolak apa yang orang katakan yang benar sambil meremeh2kannya. Dalam erti kata lain kita je lah yang betul.
IRI HATI tu pulak bila kita tak gembira dengan kejayaan orang lain, silap2 doakan dia gagal.
Astaghfirullahalazim.
Mizah kena berusaha lagi untuk ubah diri yang banyak khilaf ni. 💪🏼
Dalam masa yang sama kita sama2 ajak orang lain berubah sekali dengan kita.😊
Jangan kita pandang rendah orang lain.
Jangan kita jadi lebih teruk dari iblis laknatullah.😨
Moga bermanfaat. Thank you husband selalu buat bini celik mata celik minda celik hati.
#selfremindertoMM
0 Comments